Jumaat, 14 Mei 2010

Cerita Hari Ini...

Hari ini aku terasa nak bercerita plak... HeHeHe

Dulu aku selalu suka amik keputusan tanpa berfikir panjang. Kengkadang tue terlalu cepat sangat nak wat andaian tanpa melihat dari pelbagai sudut sesuatu perkara.

Selepas aku diperkenalkan oleh kawan aku kepada satu perkara, aku mula fikir, 'Apsal lah x dari dulu aku kaji n amik peluang ini?'

Aku beranikan diri merebut peluang yang ada di depan ku n Alhamdulillah, sikit demi sikit perubahan berlaku. Kalo lah dari dulu aku berfikir mcm nie, kan senang..... Tapi masih belum terlambat untuk ku n masih lum terlambat juga utk kengkawan di luar sana merebut peluang yg dtg pada kita.

Jgnlah asyik nak tgk org berjaya dulu then baru kita nak buat. Or, asyik dgr ckp org lain n akhirnya kita juga ketinggalan.

Napa kita x fikir sendiri n wat keputusan sendiri. Kita nak berjaya untuk diri kita juga, kan? Yang senang nanti, diri kita juga, kan?

Kita asyik sibuk minta pendapat org utk melakukan sesuatu bagi mengubah kehidupan kita tapi kita sendiri x pernah ambil langkah pertama untuk berubah dan akhirnya x kemana juga, tetap di takuk yang lama. Org lain dah berjaya, kita masih mcm tu gak, xde perubahan. Pernah x fikir, org2 yg beri pendapat tue, boleh x bagi kita kejayaan? boleh x bagi kita kekayaan? boleh x hulurkan bantuan ketika kita memerlukan?

Kita nie sentiasa di kelilingi oleh orang-orang yang mempunyai cas-cas NEGATIF, dan akhirnya kita pun akan turut sama menjadi NEGATIF dan akan AUTOMATIK menutup peluang diri sendiri untuk BERJAYA.

Bukanlah nak kata pendapat kawan2 kita nie x leh diterima pakai tapi perlulah juga fikir, kita nak berjaya atas usaha dan kesungguhan diri kita dan bukannya berjaya atas kata-kata orang lain.

KEJAYAAN yang kita kecapi adalah atas USAHA kita sendiri dan bukannya kerana orang lain dan KEGAGALAN yang kita alami juga adalah atas KESILAPAN diri kita sendiri. Jangan mudah menyalahkan orang lain atas kegagalan kita tapi BANGKIT dan JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA untuk mengecapi KEJAYAAN.

KEJAYAAN pasti akan diperolehi walaupun menghadapi KEGAGALAN.....

YAKIN BOLEH!

PASTI AKAN BERJAYA!

JANGAN MUDAH MENYERAH KALAH!

SEMANGAT UNTUK BERJAYA PERLU ADA, BUKTIKAN PADA SEMUA YANG KITA JUGA BOLEH BERJAYA WALAUPUN MENGALAMI KEGAGALAN BERULANG KALI.

KEJAYAAN YANG DIPEROLEHI SETELAH BERULANG KALI MENGALAMI KEGAGALAN ADALAH PERKARA PALING MANIS DLM HIDUP....

Only me,
Lynne Lisman :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan